PROFIL KAMPUNG

BAHAGIAN BETONG


Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan Saratok. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum MelayuIbanCina dan Bidayuh. Daerah Betong ditadbir oleh Majlis Daerah Betong yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan DebakPusaSpaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh Majlis Daerah Saratok.Betong juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana diketahui mempunyai pantai-pantai yang tidak kurang menarik seperti pantai Tanjung Kembang dan pantai Gerigat yang terletak di Kabong.



JERAI DI DALAM DAERAH KECIL DEBAK
Debak sebuah pekan kecil yang komprehensif dan membangun terletak di antara Betong dan Saratok. Dengan menyelusuri Lebuhraya Pan-Borneo, Debak kini dapat diakses dengan jalan darat berturap. Dengan status sebagai sebuah daerah kecil, Debak menawarkan pelbagai kegiatan sosio- ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasannya.

Sungai Rimbas yang mengalir lesu di dada Debak merupakan nadi utama perhubungan Debak dengan kawasan di sekelilingnya. Kegiatan pertanian merupakan ikon utama pekerjaan penduduk Debak. Sesuai dengan peredaran masa dan tahap intelek yang semakin tinggi, 35 peratus dari penduduk Debak sudah berkarier di sektor kerajaan, swasta dan menjadi usahawan.
Dilengkapi dengan kemudahan asas, Debak juga menjadi tumpuan kepada penduduk disekitar kejiranan daerah dengan pelbagai keunikan dan keistimewaan. Komposisi penduduk yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina cukup menjadikan Debak sebuah kawasan yang mesra dan meriah.
Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu, Dit, Tuie dan Serabang juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.



Rumah panjang Jerai terdiri daripada 49 pintu bilik. Rumah panjang baharu ini yang dibina separuh konkrit telah didiami sejak lapan tahun yang lalu.Rumah panjang Jerai juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Desa ejahtera 1 Malaysia baru-baru ini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan